Wordless Wednesday: Americana, Antara Album Yang Menjadi Runut Bunyi Hidupku Suatu Waktu Dahulu
WORDLESS WEDNESDAY : THE WORDLESS RIVER
Wordless Wednesday: This year last post, in colour.
First Album on 2015 (album pertama dibeli pada 2015)
Salam tahun baru 2015.
Kalau ikut perkiraan tahun ni Marty McFly akan sampai naik Delorean .
Untuk album pertama pada tahun ini dimana ianya dibeli pada tanggal 1 Januari 2015, saya telah membeli album ini:
ARTIS :DESIRE
TAJUK ALBUM : SLOW ROCK TERBAIK
KATEGORI : KOMPILASI
RILISAN: POLYGRAM RECORDS 1995 (RILISAN SEMULA UNIVERSAL MUSIC)
kenapa saya beli cd ni sedangkan ada lagi kompilasi Desire yang lebih terkini?
Sebabnya rilisan semula kompilasi ni mengekalkan artwork asal. Ianya nampak klasik macam cd dulu dulu. Tak lah menarik sangat tapi nostalgia tu ada.
Tracklist? Boleh tengok pada gambar. Klik untuk besarkan bukan besarkan mata untuk nampak jelas ye.
Teaser: Wings Rockestra
Penanti Yang Mustahil
Wings - Penanti
Masihku nantikan sehingga kini
penamatnya rinduku umpama tiada
bersimpul kenangan sepanjang masa
waktu detik selari ditemani bayang
*
Engkau hilang dalam terang
engkau menghilang
gerhana ke seluruh pancainderaku
Kau berikan aku cinta
dan ku ditinggalkan
dan haluan berliku mekarberduri
Sumpah dan janji kau
tetap ku pegang
lautan api seteru cekal ku renangi
kerana kasihku teguh untukmu
yakin engkau disitu kan menghampiriku
Dihatiku kau segar selamanya
walau tiada lagi kau jelma dimimpiku
ku masih harap kau sudi bertamu
pecahkan kaca alamku yang sunyi
Hanya engkaulah cahaya kalbuku
tiap madah ku selitkan puisi saktiku
sebagai satu tandanya cintaku
demi seri perkasihan abadi
Sekira masihnya aku
engkau rindui
tampil lah kau segera
ku harap kau disisi
Masih lagi Ku bergelar
Seorang Penanti
Dalam Gelap Taman Yang sepi
Saya amat berharap dapat mendengar lagu ini live di Mitc Melaka 31.1.2015 nanti TAPI ianya termasuk kategori lagu mustahil untuk didendangkan .
Namun begitu besarlah harapan saya agar lagu ini boleh diputarkan setelah tamat konsert semasa fans keluar dari dewan.
Itu pun dah cukup bagus.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
Seorang Penanti.
WORDLESS WEDNESDAY (PEMALAS BETUL NAK BUAT BLOG)
WORDLESS WEDNESDAY: KITE TENGOK PENYU BERTELOR, PENYU TENGOK TELOR KITE
AKU DIA DAN SCORPIONS
Dirgahayu Johor
I'M BREATHLESS VS LOVEDRIVE
"Raja Segala Raja" Review Konsert Kembara ...Dato M. Nasir Live di Stadium Tertutup Pasir Gudang, 13 Jun 2015
Sedikit rebiu yang dibuat atas galakan Saudagar Mimpi .
Spoiler alert.
Muqaddimah

Nasib baik En Shafid expert jalan Ke Pasir Gudang.

1. Buat Sang Puteri.
2. Aladin
3.Lauk Dah Cukup Masin.
Tam - guitar , vokal
Napi - guitar
Aie- drums
Is - Bass, backing vokal (mana pergi Tony eh? Anyway Is ni pun bagus. )
Firdaus - keyboard .
Rakan blogger saya (pemilik blog Prahara Seni) Tuan Saudagar Mimpi pula kata macam Tori Amos.
The King Arrival.
Of course lah Dato M. Nasir!!!
Sebuah opening anthem yang tak asing lagi. Kalau saya buat remake filem WIRA ANGKASA pasti saya ambil lagu ni jadi runut bunyi. Habis lagu ni terus je sambung ke lagu....
Apa lagi nak dikata? Satu lagi sing a long. At the middle of the song DMN minta semua nyanyi sama. Ending lagu ni di speedmetalkan. Syeh dah naik.
Melayu kalau ditanya apa khabar? Mesti jawab baikk.... lepas tu mesti disusuli Sihattt?
Ada yang jerit lagu JUWITA.
DMN jokes around about puasa... raya..mana dulu?
Orang puasa Isnin Khamis ...Jumaat dah raya katanya.
Ada pulak yang jerit MUSTAR!!!
Solo Nan Alias lebih elektrik bunyinya berbanding solo asal yang lebih akustik.
Wait... masuk lagu ke enam ni semua lagu "Well Known " . Okay saya berbisik pada isteri saya " Its gonna be The Best Of M. Nasir Live malam ni."
He also says he doesnt have facebook account. Witty smile from him.
M.Nasir in his romantic form. Image hero hensem filem Selubung dah keluar.
Ends with beautiful falsetto.
Lagu negeri Pakistan, Afghanistan, Gohead Gostan...kata DMN.
Some of the crowd goes wild. Dancing and ronggenging.
At this time all Syeh sudah naik!
Solo flute by Mohar. Perfecto!
DMN duel wailing with keyboard outro.
Solo outro keyboard by Firdaus
Bass - Kelly
Flute - Mohar
1st keyboard - Eddie Slam
Drums - Ujang Exists
Percussions - Pa'ang
2nd Keyboard - Firdhaus
Backing vokal - Awe, Eja, Izatt

Sikit komen saya: Sound guitar ZOUL agak tenggelam.
Sayang tak dapat feel tone beliau
Makcik depan stage dah macam poco-poco. Semua enjoy.
(Kembara Seniman Jalanan OST)
Kau tutup semua pintu cinta untukku
Hingga ku termanggu
Tiada arah ....
(And then he stop, and says: "Esok nak pergi Pagoh, nak makan durian)
Membawa hatiku....
Hampir kesemua lagu adalah dari album solo beliau kecuali album Sang Pencinta dan Srikandi Cintaku.
this!
Ini kerana bagi saya Dato M.Nasir berhak dimahkotakan sebagai Raja Pentas.... Raja Segala Raja,
![]() |
Tambah kapsyen Sahabat datang dari Kedah hanya semata nak menonton konsert ini. Esok terus balik! Respek lu brader! |
SALAM LEBARAN MINAL AIDIL WALFAIDZIN
Misteri Sepasang Kasut
Keyakinan
0Cerita 29.8.2015.
Salam pagi sabtu.
Sudah 3 hari Si Nemut Nemut demam . Badan panas berserta batuk. Demam "on off on off". Hari ini bawa ke Klinik.
Klinik Yakin namanya.
Ramai yang kata Klinik Kumaren lebih baik. Namun begitu saya Yakin dengan Klinik Yakin.
Nama perlu diiringi dengan keyakinan.
Nampaknya nama klinik itu berjaya meyakinkan saya.
Moga Allah sembuhkan anak saya.
BERCUMBU RAYU DENGANMU OH DUNIA : PANGGUNG KHAYALAN LIVE@EDUCITY STADIUM NUSAJAYA CONCERT REVIEW
Time: 9.30 pm till 11.30pm
Venue: Educity Stadium Nusajaya
Salam Rock 1Malaysia
Salam Sehati Sejiwa
Search perform at my hometown
At 6pm that day Im still on the slippery when wet highway KL - JB star.
It quite tense thinking wether we can arrive on time or not.
At 7pm My Bloodbrotherblogger Mr. BERTEROMBER called asking for my location. My reply is " Jauh lagi "
Search at hometown.
Apa yang saya harapkan?
Sebenarnya saya menjangkakan show ini akan seumpama show Search Live Istana Budaya last year.
Adakah ianya begitu?
Lets story about it.
8.30pm - suasana luar konsert.
Masih ramai yang belum masuk. Crowded.
Entrance dibagi mengikut gender... wanita di kiri dan lelaki di belah kanan.
Banyak stall kat luar. Saya hampa cd Panggung Khayalan dan Tshirt Official dah soldout.
9.00 pm.
Dah start masuk. Saya beli tiket PPRT saja.
The stage quite far.
Ada control tower ditengah tengah padang yang agak mengganggu pemandangan.
Plus sky cam di tengah tengah crowd.
So I choose the right side.
Paying only RM66 cannot argue much right?
Opening oleh Fiq .
Dengan tiga buah lagu yang saya tidak tahu.
9.30 pm - THE CONCERT - SEBUAH PANGGUNG YANG BERNAMA MINDA
1. Opening Set - Panggung Khayalan ( Rock N Roll Pie.)
Great Opening. Teringat masa di IB.
Amy masuk sedikit lambat tapi dicover oleh band member.
2. Paranoid ( Karisma)
Saya jerit sekuat hati. One of my wishlist come true. To see Din Mayat menyolo lagu ini.
Kedua dua lagu di atas adalah opening set.
First speech from Amy .
3. Gadisku ( Mentari Merah Di Ufuk Timur)
Gadisku lagu ketiga?
Wau! Lain macam malam ni. Tak tau nak cakap apa. Macam tengok show Metallica lagu ketiga Nothing Else Matter.
I love the backdrop video.
Solo perfect.
Amy dance like Freddie Mercury around the solo.
4. Metropolitan.(Rampage)
Rare! Setlist malam ni lain macam!
2nd speech from Amy.
Amy wish for fans birthday .
Thanking the biker group.
Promote the Search official FB.
Amy is known for not too much a talker like Awie... if you know what i mean.
So lets skip to the next song.
5.Honky Tong Kosong (Gema Di Timur Jauh)
Its all my dream setlist.
Masa ni saya terfikir kalaulah sahabat saya Deaf Angel ada...dia mesti suka.
6. Kejoraku Bersatu (Selepas Banjir)
Beautifully sung by Amy.
Tiada lagi salah lirik seperti dua malam di IB.
Sing a long moment.
Tak sangka ramai tau lagu ni.
7.Melastik Ke Bintang ( Karisma)
Ni lagu semangat!!! Suka suka suka!!!
Kerana tiada yang mustahil biarpun melastik ke bintang!!!
Amy thank the old and new fans!
8.Menuju Puncak (Gema Di Timur Jauh)
Satu lagi dari album Gema. Rare. Fans ramai yang diam. Pada saya alang alang rare baik bagi lagu ROKET or BERSALAH ATAU TIDAK.
YAZITS SET.
Amy introduce Yazit.
Saying he is Sang Gendang.
Seorang yang bersemangat TEGUH.
Amy sang Segalanya telah bermulaaa...
Crowd menjerit....
But Teguh? Its never happen.
Album Fenomena bermula di Indonesia kata Amy
9. Ku Taklukkan Dunia ( Fenomena)
Airmata gua mengalir siot!!
My first time@!! Saya percaya fans yang lebih lama dari saya pun ada yang tak pernah lihat SEARCH perform lagu ni live!!!!
Sing a long for me...tears of the clown...
Ke tears of the dragon.... huhuhu
Perfect solo perfect music !!!
10. Fantasia Bulan Madu ( Mentari Merah Di Ufuk Timur)
Lagu potong stim untuk saya. Tapi lagu anthem untuk rakyat Search.
Complete with intro taik bintang jatuh tu.
11. Kejora (Cinta Buatan Malaysia)
Another sing along. Yazit set ni saya rasa favourite untuk crowd malam ni. Semua ballad. Semua lagu karaoke.
12. Rozana ( Langit dan Bumi)
Crowd menyanyi. Saya lak senyap... hahaha!
Video shows roses petals showering.
At the end of the song Amy give some roses to fans.
13. Isabella (Fenomena)
Keyboard intro by Firdhaus.
Haunting Bass intro follow after that.
This one version complete with original keyboard work arrangement like the one Dato Ramli MS did in the album.
Solo lagu ni terbaik.
Perasan tak banyak kali saya mention solo .
Kidd really shining this night. Hes back!
Kesemua lagu no 9 hingga 13 drums dimainkan oleh Yazit.
14. Gothik Malam Edan ( Gothik Malam Edan)
Lagu ni ramai yang enjoy. Crowd muda suka lagu ni.
My wife kata ganasnya lagu ni... kalah XPDC.
15. Pelesit Kota (Mentari Merah di Ufuk Timur)
Wahhh no more mr nice guy... set lagu leleh dah abis!!! Intro kompang masuk !!!
This one version takda stop kat tengah solo feeewiiitttt!!!
Boring.
16. Diari Habil Dan Qabil (Rock N Roll Pie)
Yearghhhh!!!! My favourite come back!!!
Priceless . Nasir dah pakai bass kaler merah . Cantik beb!
Yang menariknya DIN playing his 7 string flying V with fiery colour!!! Lawa sehhh!!!
Cane and Abel Diary.
17. No Way!!!( Gema Di Timur Jauh)
Inro bass yang dasyat !
Lagu ni statement Search tentang suasana semasa sekarang ni.
18. Isi Dan Kulit (cinta Buatan Malaysia)
Crowd yang tadi krik krik krik... kini kembali ceria.
Freddie Mercury moment. Say yeah yeah yeah!!! Ayo Joho!! Ayo Johor!!!
Versi ini versi pasca Gothik Malam Edan version...
Saya rindu versi RNR live And Loud.
Solo by DIN MAYAT.
Amy kata next year 35 tahun nak sambut di johor.
Jb city of rock n roll!!!
19. Pawana (Fenomena)
Anthemic. Crowdd menggila!
Tapi.
Saya perasan amy nyanyi salah key sepanjang sebelum solo.
Tapi crowd peduli apa?
This is Pawana!!!
This is Search!!!
Okay last song!!!
Ramai yang jerit encore...
Saya mengharapkan PASTI sebagai encore....
20. Cakap Memang Murah ( Double Trouble)
No Pasti.
Saya tetap berpegang teguh Pasti adalah encore terbaik.
Buts its okay.
Kesimpulannya.
1. One of the great concert in term of musically. All the musicians gave the best performance that night.
2.Ramai yang puji KIDD is back. Im agree. King of tones and tremolo.
3. Paling cool Nasir Daud. Sempat message beliau sebelum konsert.
4. Noordin Taib . Paling ganas . Evil. Dia berdiri dengan all black suit dia je dah cukup menggerunkan.
5.Pae did a very great work that night !
I prefer him than Lola.
6. Yazits seem healthier. Lets pray for his health.
7. Amy . His best show but not his greatest one.
Kita faham faktor usia beliau. Sepatutnya perlu ada backup vokal pada malam itu untuk membantu. Next time abang panggil saya. Ill do it for free... heheheh.
Tapi once he dancing ...jumping.. moving around ( and off! ) the stage ... he is truly like a King Of Rock N Roll!!!
8. Pilihan lagu.
Pada saya pilihan lagu adalah tidak sesuai untuk show diluar KL yang meliputi fanbase yang jarang ke konsert.
Banyak lagu yang tidak dapat dihayati oleh fans disebabkan jarang dengar lagu itu.
Wings pun pernah buat silap begini pada konsert Menakluk Kosmos yang lepas.
Lagu seperti Metropolitan ...No Way... Paranoid... Diary HabilnQabil...MenujuPuncak.... Melastik Ke bIntang... boleh diganti dengan Gelora Cintaku.... Langit dan Bumi... Fenomena....Mentari Merah Di Ufuk Timur....Setelah Hujan..Melayar Bahtera...Bencana....Menara Kesesatan...
Jangan salah faham ye....pilihan lagu tak menjadi masalah untuk saya cuma saya mengambil kira mereka yang kurang tahu lagu lagu tersebut.
9. For the next time... search perlu consider setlist consist of The Greatest Hits.
10. KU TAKLUKKAN DUNIA IS THE PROUDEST MOMENT FOR ME !!!
for this song only . I REALLY thanks SEARCH ..TQVM VERY MUCH.
Is the night i will never forget.
Jumpa brother ni . Blogger Legend. Satu hari nanti blog beliau akan dijadikan rujukan rockers generasi baru.
BERI PANGGIL AMBIL DATANG WALAU API MENJULANG: XPDC LIVE AT HARD ROCK CAFE MELAKA 8 NOVEMBER 2015
8 November 2015
10pm onwards.
Line up:
Mael : vokal, Mael
Zuar : Bass
Amy : Drums
Jeff: guitar
Intro:
Ingin menonton konsert XPDC di HRC Melaka adalah satu daripada dua impian seroja untuk saya. Apabila terlepas menonton konsert mereka yang pertama kali di HRC Melaka pada awal tahun 2015 tempohari sesungguhnya ini peluang yang tidak boleh dilepaskan. Kebetulan peluang ada, kira-kira bajet untuk saya dan isteri pun lepas makanya impian ini diteruskan. Bertuah kerana isteri pun mempunyai minat yang lebih kurang sama. Kalau beliau nak menonton Taylor Swift pun saya boleh layan lagi.. awww...
Shownight:
Sampai di HRC jam 9.30 malam selepas dinner di Bukit Katil. Terus ambil tiket yang telah direserve. Sambil sambil itu tengok merchandise dan awek yang jual merchandise tu. Cun juga.
Tak beli apa pun sebab bajet tight.

9.50 mlm:
Mengambil tempat berdiri. Saya memilih sebelah kiri pentas ( dari depan belah kanan) di sisi Jeff . Jeff ni guitaris kumpulan Giegiel yang juga popular dengan lakonan cameo beliau dalam filem Rock arahan Mamat Khalid sebagai gitaris kumpulan Malaikat Maut. Saya rasa Jeff lebih dikenali sebagai gitaris Malaikat Maut daripada Giegiel.

Seorang demi seorang ahli kumpulan muncul. Ramai yang berkerumun pada Zuar dan Amy untuk bergambar. Selepas itu mereka berehat di bilik VIP . Kelibat Mael belum nampak.
Beberapa orang peminat dah risau peristiwa di Stadium Merdeka berulang kembali.
Sambil sambil menunggu saya dan dua orang rakan Cikgu Kahar Mohamed dan Dean Razak bertukar tukar buah fikiran sambil berbincang isyu semasa termasuk Gegarvaganza.


10.28 pm.
Semua musician mengambil tempat...
Fuh lega semua penonton. Masing masing rapat ke pentas. Full house malam ni!

Mengejutkan. ISMA HALIL HAMZAH naik ke pentas sebagai MC kehormat. Bila dia sampai kami pun tak perasan. Dalam speech beliau ada juga menyebut kejayaan Wings dalam konsert 30 tahun di Stadium Merdeka. Deaf meati suka kalau dia dengar.
Sempat saya snap gambar setlist malam ni.

1. JOHN JENIN ( KITA PENGYU )
Intro dimainkan . Ada perubahan pada setlist.. John Jenin sebagai lagu pertama.
The best part is Mael naik ke pentas tak ikut tangga. Technically dia naik memanjat sisi pentas betul betul sebelah saya dan saya yang membantu menolak beliau ke atas pentas!!!
Suara mael agak tenggelam dusebabkan mic level. Suara crowd sangat kuat!!!
2. NTAHAPAPANTAH (KITA PENGYU)
Crowd is wild and singing word to word all around. Apa nak dikata? Ini malam memang edan !
3. HIDUP BERSAMA (BRUTAL)
Lagu ketiga yang unexpected.
Suara Mael makin kedengaran . Sound engineer menjalankan tugas yang baik.
Mael menyanyi sangat bagus. Tak sama dengan video video yang pernah saya lihat di youtube sebelum ni yang kelihatan beliau struggle.
Ketiga tiga lagu di atas adalah set opening.
First speech from Mael.
He's Joking ; kalau semua nak bercakap gua tak payah cakap... this is because fans still shouting and cheering after the 3rd song.
Kerana anda aku masih di sini ujar beliau
4. AKU MASIH DI SINI ( BRUTAL)
Beautiful. Mendengar solo intro lagu kegemaran saya direplicate oleh Jeff membuat saya tersenyum puas. Jeff ni bagus juga. Di ada showmanship. Rambut kerinting panjang tu ada sikit sikit macam Kirk Hammet.
Lagu ini dimainkan sehingga ke rangkap sebelum solo dan terus bersambung dengan....
5. HIJAU BUMI TUHAN ( KITA PENGYU)
Lagu favourite ramai orang. Saya lebih suka lagu BUKAN MILIK AKU dalam trilogi moderate ni. So layan je lah.
Lagu 4 dan 5 adalah medley.
6. BAHALOL (KITA PENGYU)
Gilakan ?
Semua lagu singalong. Dulu dulu kalau headbanging kepala pening boleh pegang tiang pentas funfair. Ni kat HRC takda tempat berpaut.
Saya suka Zuar punya bassline.
7. BASS SOLO DRUMS SOLO GUITAR SOLO....
Best time ni. Solo pun tak meleret. Mael duduk di tepi drum set sambil minum. Beliau senyum je sepanjang malam ni. Mael just being Mael. Brutal dan selamba.
8. SENAPANG PATAH (BRUTAL)
Ini adalah highlight pada malam ni. Ketika ini semua dah singalong.
Tau kan part OhOhOhOhOh tu kan?
Extended version dari fans. Band layan je hahahahahhahah!!!
Start dari Solo segmen Jeff dah bertukar ke Wasburn Dimebag Darrel series.
Sound lebih berat dan sesuai dengan sound XPDC.
Mael honouring Zuar dan Amy kembali ke XPDC.
Beliau juga mengulas tentang kemelut yang melanda dan berpesan pada semua walau apa pun cerita kontroversi peminat terus menyokong XPDC. WELL SPOKEN by Mael.
9. SELENDANG MERDEKA (KITA PENGYU)
Kelihatan awek kat depan pentas pun headbang sikit sikit. Ohsem.
10.TITIAN PERJALANAN (KITA PENGYU)
11. HENTIAN INI ( BRUTAL)
12. AKU DAN SESUATU (DARJAH SATU)
Lagu medley balada.
Dah jadi session karaoke beramai ramai.
Ending lagu ini... fans nyanyi kau kebumikanlah akuuuu...
Mael sambut gua belum nak mati lagi lah!!!

13. KITA PENGYU (KITA PENGYU)
Saya meremang dengan lagu ini. Mael punya gesture masa part "Beri ambil panggil datang" memang semacam... fuhhh...
14. APA NAK DI KATA (BRUTAL)
dulu dulu kalau saya tension je ..zaman kerja kilang elektronik Mitsumi... saya akan dengar lagu ni kuat kuat guna walkman Sony saya.
Ini memang lagu ronggeng fans XPDC.
Umpama lagu ADA bagi M.NASIR.
15. SEMANGAT YANG HILANG ( BRUTAL)
Lagu finale. Satu lagi singalong wajib.
Sapa yang tak tau lagu ni. Time ni saya perasan vokal Mael agak dah penat tapi suara fans memenuhi segala ruang HRC.
Selesai sudah. No encore.

So kesimpulannya?
1. XPDC is back with what they suppose to be. Empat orang yang sangat metal without any additional musician.
2. Mael truly can sing. Takda masalah pun. Apa yang penting yang ada pada Mael adalah attitude.. soul dan Mael is Mael.
Anyway Mael dah macam konduktor koir... semua fans menyanyi ikut arahan.
Standard laaa suara akan efek bila dimamah usia. Nak perfect suara tenor alto bagai baik suruh Siti Nurdiana nyanyi...pas tu tukar nama band kepada XPCT.(komen daripada adik gua)
3. Zuar dah takda headbanging helikopter. Huhuhu. Tapi expressi muka ... playing stlye... memang in character.
Jika XPDC itu ada wajah, wajah itu adalah Zuar.
4. Apa yang penting ialah line up ini stay connected antara satu sama lain. Saya suka interaksi mereka berempat. Sukar nak nampak sebelum ini.
5. Apa yang saya tak suka adalah sessi medley rugged .
Aku masih Di Sini seharusnya dimainkan penuh. Saya lihat XPDC selesa dengan arrangement sebegini sejak beberapa tahun.
Medley lagu ballad itu pun tak puas rasanya sebab bila medley semua solo tidak dimainkan.
6. Lagu sikit sangat. No HAIRAN BIN AJAIB , (not a single song from TIMBUR BARAT and RASOPARISO, . no TALAM DUA MUKA ...no RAJA KERTAS...No C.I.N.T.A K.I.K.I.TA hehehe...
7. Kudos untuk Jeff. Beliau tidak berusaha untuk menyamai IZO. He just playing as loud as he can and perform his duty brutally. Izo tidak boleh ditandingi namun Jeff mengisi ruang itu dengan selayaknya.
Apapun satu kepuasan yang tidak terhingga.
Bagi mereka yang ingin melihat keajaiban line up ini, anda berpeluang pada show di HRC KL pada 29 November 2015 dan DVA CLUB MASAI pada 11 DISEMBER 2015.
KITA PENGYU!!!
Sadness
Aku, dia dan ABC
24hb Disember 2015
Breakfast bersama En Shafid sambil berbincang topik berikut:
1. Transformers
2. Konsert Wings
3. Light saber Kylo Ren naik harga Rm 600
4. Rebiu konsert XPDC ...bila ko nak buat?
5. Berteromber
6. Deaf
7. Roti Canai Tsunami
8. Batmobile Hot wheel
9. Goreng Pisang Khayon
10. Telur separuh masuk
11. Ayam Goreng Dapur Kayu
12. 100plus Gold Edition
13. Bulkhead
14. Line internet kat rumah slow. Salah siapa
15. Action figure Batmobile Batman vs Superman.
Mesyuarat ditangguhkan jam 9.30 am.